Sunday, June 10, 2012

Ulu Chepor

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini ahad. Memandang hari cuti kerja saya... saya bercadang mahu ke Ulu Chepor.
Sudah lama tidak ke sana. Rasanya kali terakhir saya ke sana pada tahun 2007 atau 2008. Huh! Lama tuu... sekarang sudah 2012. Heheh... :)
Niat dihati cuma mahu bersiar-siar merehatkan minda dan menghirup udara segar di sana...


Dengan dimulai kalimah "Bismillah" serta "Surah Al-Fatihah" saya mulakan sebelum perjalanan ke Ulu Chepor. Mohon Allah iring Malaikat di sepanjang perjalanan ku...
Alhamdulillah... Lebih kurang pukul 5 petang saya sampai ke sana...
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 Minit dan 25 KM dari rumah saya... Saya pergi bersendirian tanpa di temani sesiapa pun... huhuu... Agak sunyi... :(

Alang-alang sudah sampai... dapat la juga merendamkan kaki buat seketika... Saya memang tak nak mandi pun. Hampir sejam juga aku bertapa di sana. Hah?! Bertapa.? Cuma duduk dengan penuh khusyuk sambil memuji-muji kebesaran Allah s.w.t. di iringi udara yang nyaman...
Kebetulan bawa kamera... haha... padahal memang sengaja pun di bawa.
Dapat la tangkap 2,3 gambar...

Lata Ulu Chepor ini memang kawasan rekreasi untuk keluarga dan tempat untuk bermandi manda. Bukan itu sahaja aktiviti lain pun boleh dilakukan. Kawasan ini ditabdir oleh penduduk kampung (JKKK) kampung bagi memastikan kebersihan tempat terperlihara. Kawasan perkelahan ini terletak di antara Gunung Kledang Siong yang berkedudukan utara Bandar Ipoh... Kg.Ulu Chepor berada di dalam kawasan Chemor. Oleh itu,kawasan ini sering kali di datangi pengunjung yang berhampiran dan sekitar chemor. Perjalanan dari Bandaraya Ipoh mengambil masa kurang dari 15 Minit.





Saturday, June 9, 2012

Peliharalah Anak Yatim...

Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik sebagaimana hadis riwayat Ibnu Majah yang bermaksud: "Sebaik-baik kaum muslimin ialah rumah yang terdapat didalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik,dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk" (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

                InsyaAllah... Jika saya berpeluang dan diberi kesempatan oleh Allah s.w.t saya akan mengasuh anak yatim... kerana anak yatim ini merupakan lubuk atau tempat untuk kita mendapat ganjaran yakni pahala yang berlipat kali ganda untuk kita jadikan bekalan sewaktu di akhirat kelak... Mudah-mudahan Allah s.w.t. merahmati niat murni kita... :)

Tuesday, March 1, 2011

5 Tahun saya mengidam!!

"5 Tahun saya mengidam!!."

Apa yang dimaksudkan dengan "5 Tahun saya mengidam??"
Sebenarnya saya amat minat terhadap motor Yamaha 135Lc. Saya tak pernah menunggangnya walaupun sekali... Tetapi,pada hari ini penantian selama 5 Tahun telah terbalas kerana saya berjaya memilikinya serta menunggangnya di jalan raya... MasyaAllah... Nikmatnya dan sedap menunggang motor tersebut. Bersyukur kepada Allah kerana melimpahkan rezeki dan melenyapkan penantian saya selama ini...

p/s: AHL ####

Monday, February 28, 2011

BMW M5 Idaman ku.!

Setiap di antara kita pasti mempunyai Impian serta cita-cita. Jika tanya pada saya "apakah kereta Idaman kamu?" Saya pasti menjawab "BMW 5 Series".

Sebab kereta BMW M5 ini merupakan kereta Idaman saya dan saya benar-benar minat terhadapnya... Tambahan lagi,saya pantang melihat kelibatnya di hadapan saya pasti terasa lain macam.heheh...
Ada kala saya menjerit! haha... Mudah-mudahan suatu masa nanti saya dapat memilikinya... Amin... :))


Kereta impian anda apa pula?
Tak kan nak jawab "Proton aja" alaa...kereta juga...
Yea,memang kereta... Tapi jauh perbezaannya...

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang buat kalian...

Salam Perkenalan,Salam Ukhwah...

Pada malam ini saya ingin mengarang dan berkongsi serba sedikit mengenai kisah hidup saya yang tak berapa indah. Heheh... :))

Nama saya Ahmad Safuan. Dilahirkan pada 17 Sep 91. Telah menetap di Ipoh hampir 20 tahun.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pengkalan dari darjah 1 sehingga darjah 6. dan seterusnya memasuki ke alam menengah iaitu saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan,Lahat,Taman Pinji Mewah. Dari tahun 2004 yakni tingkatan 1 hinggalah saya tamat menduduki SPM pada tahun 2008. Alhamdulillah... Berjaya juga saya menamatkan alam persekolahan saya. Bagi saya alam persekolahan ini adalah suatu alam yang amat mengembirakan kerana hampir setiap hari kita bergaul dengan rakan-rakan berkongsi cerita kisah semalam dan angan-angan serta membuatkan diri kita berasa sangat gembira ketawa bersama kawan...

Tapi,mahu tidak mahu saya harus menerima hakikat kerana semua itu telah pun berlalu. Apa yang penting saat di alam persekolahan ada kenangan manis dan pahitnya...

Bila mengimbau kembali peristiwa kenangan manis itu,saya tersengeh sendirian. :)) Tidak boleh lupa juga tentang kenangan pahit. " ate...nama pun kenangan pahit,tak kan ler teman boleh luper..." Loghat perak la pulak. He'eh...ate udah teman orang perok. heheh...
Selesai sudah cerita di alam persekolah.

"Bagaimana pula kisah selepas SPM.??"
Adakah manis atau pahit.?