Salam Perkenalan,Salam Ukhwah...
Pada malam ini saya ingin mengarang dan berkongsi serba sedikit mengenai kisah hidup saya yang tak berapa indah. Heheh... :))
Nama saya Ahmad Safuan. Dilahirkan pada 17 Sep 91. Telah menetap di Ipoh hampir 20 tahun.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Pengkalan dari darjah 1 sehingga darjah 6. dan seterusnya memasuki ke alam menengah iaitu saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan,Lahat,Taman Pinji Mewah. Dari tahun 2004 yakni tingkatan 1 hinggalah saya tamat menduduki SPM pada tahun 2008. Alhamdulillah... Berjaya juga saya menamatkan alam persekolahan saya. Bagi saya alam persekolahan ini adalah suatu alam yang amat mengembirakan kerana hampir setiap hari kita bergaul dengan rakan-rakan berkongsi cerita kisah semalam dan angan-angan serta membuatkan diri kita berasa sangat gembira ketawa bersama kawan...
Tapi,mahu tidak mahu saya harus menerima hakikat kerana semua itu telah pun berlalu. Apa yang penting saat di alam persekolahan ada kenangan manis dan pahitnya...
Bila mengimbau kembali peristiwa kenangan manis itu,saya tersengeh sendirian. :)) Tidak boleh lupa juga tentang kenangan pahit. " ate...nama pun kenangan pahit,tak kan ler teman boleh luper..." Loghat perak la pulak. He'eh...ate udah teman orang perok. heheh...
Selesai sudah cerita di alam persekolah.
"Bagaimana pula kisah selepas SPM.??"
Adakah manis atau pahit.?