Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini ahad. Memandang hari cuti kerja saya... saya bercadang mahu ke Ulu Chepor.
Sudah lama tidak ke sana. Rasanya kali terakhir saya ke sana pada tahun 2007 atau 2008. Huh! Lama tuu... sekarang sudah 2012. Heheh... :)
Niat dihati cuma mahu bersiar-siar merehatkan minda dan menghirup udara segar di sana...
Dengan dimulai kalimah "Bismillah" serta "Surah Al-Fatihah" saya mulakan sebelum perjalanan ke Ulu Chepor. Mohon Allah iring Malaikat di sepanjang perjalanan ku...
Alhamdulillah... Lebih kurang pukul 5 petang saya sampai ke sana...
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 Minit dan 25 KM dari rumah saya... Saya pergi bersendirian tanpa di temani sesiapa pun... huhuu... Agak sunyi... :(
Alang-alang sudah sampai... dapat la juga merendamkan kaki buat seketika... Saya memang tak nak mandi pun. Hampir sejam juga aku bertapa di sana. Hah?! Bertapa.? Cuma duduk dengan penuh khusyuk sambil memuji-muji kebesaran Allah s.w.t. di iringi udara yang nyaman...
Kebetulan bawa kamera... haha... padahal memang sengaja pun di bawa.
Dapat la tangkap 2,3 gambar...
Lata Ulu Chepor ini memang kawasan rekreasi untuk keluarga dan tempat untuk bermandi manda. Bukan itu sahaja aktiviti lain pun boleh dilakukan. Kawasan ini ditabdir oleh penduduk kampung (JKKK) kampung bagi memastikan kebersihan tempat terperlihara. Kawasan perkelahan ini terletak di antara Gunung Kledang Siong yang berkedudukan utara Bandar Ipoh... Kg.Ulu Chepor berada di dalam kawasan Chemor. Oleh itu,kawasan ini sering kali di datangi pengunjung yang berhampiran dan sekitar chemor. Perjalanan dari Bandaraya Ipoh mengambil masa kurang dari 15 Minit.
No comments:
Post a Comment